Monday, October 20, 2014

Program Korban 1435H

Program korban ini bukanlah program pertama yang pernah dilaksanakan. Program ini telah dilaksanakan pada saban tahun bagi menyahut seruan ibadah korban pada Aidiladha. Seramai 18 orang petugas telah terlibat dalam progarm kali ini. Peserta pula terdiri daripada  En. Kamsol, En. Ishak, En. Muhammad, En. Nokman, En. Abdul Rahman dan En. Hisyam. Bahagian-bahagian daging korban telah diagihkan kepada rumah anak yatim Al-Barakah dan petugas yang hadir.


Daging sedang ditimbang untuk diasingkan.

Petugas yang terlibat dalam menjayakan program.

Amalan gotong royong yang telah sebati dengan penduduk.

Doa kesyukuran sebagai tanda melaksanakan ibadah.

Masakan yang disediakan untuk para petugas.

Semoga program ini akan berterusan adan menjadi medan mengikat ukuwah dikalangan penduduk disamping menunaikan ibadah kepada Allah SWT. 

Monday, August 25, 2014

Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad

Sambutan Aidilfitri 2014 telah dimulakan dengan gotong royong penyediaan tapak dan jamuan seawal dari 22 Ogos 2014. Gotong royong penyediaan jamuan telah diadakan pada 23 Ogos 2014. Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi pada 24 Ogos 2014. Pihak KRTS4 berbesar hati menerima kehadiran Dato' Mah Siew Keong selaku Ahli Parlimen Teluk Intan yang menjadi perasmi Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad.

Dato' Mah Siew Keong selaku perasmi Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad.

Pengerusi KRTS4 menyampaikan cenderamata kepada perasmi.

Gimik perasmian koperasi.

Sebahagian peserta Jamuan Aidilfitri 2014 bergambar kenangan.

Gotong royong penyediaan jamuan.

Gotong royong penyediaan tapak program.


Jamuan yang disediakan bagi peserta gotong royong.

Pihak KRTS4 mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran proram ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Gambar lanjut sekitar program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Program Baraan Aidilfitri 2014

Baraan adalah tradisi turun temurun yang masih dijalankan oleh sesetengah masyarakat di Malaysia. Program ini merapatkan ukuwah dikalangan penduduk dan menjadi medan pertemuan dikalangan masyarakat. Pihak KRTS4 telah menganjurkan Baraan Aidilfitri 2014 pada 9 ogos 2014. Program ini menerima sambutan yang amat menggalakan. Antara rumah-rumah yang terlibat dalam program ini ialah rumah En. Kamsol, En Azmin, En. Ahmad Faizal, En. Ishak, En Nokman, En. Muhammad, En. Abdul Rahman Habibi, En Khairul Fahmi, En. Yusri Jono dan En. Mohd Abdul Rahman Nawawi.

Rumah En Kamsol

Rumah En. Ishak

 Peserta baraan lelaki.

 Pesrta baraan wanita.

 Rumah En. Ahmad Faizal

 Rumah En. Abdul Rahman Habibi.

Rumah En. Mohd. Abdul Rahman Nawawi

Pihak KRTS4 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Baraan Aidilfitri 2014. Semoga tradisi ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang. Gambar lanjut sekitar program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Mesyuarat Penubuhan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak

Satu mesyuarat telah diadakan bagi menubuhkan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak. Program telah diadakan pada 14 Ogos 2014  bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada 12.00 malam di Pondok Keselamatan Lorong 10. Setelah dipersetujui perwakilan yang hadir, penubuhan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak akan diteruskan. En. Hafiez Syafran bin Ahmad Sidi , Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Teluk Intan, telah hadir bagi merasmikan mesyuarat seterusnya memberi penerangan kepada wakil yang hadir.


Penerangan daripada wakil SKM Teluk Intan

Antara Jawatankuasa Penubuhan Koperasi.

Pengerusi KRTS4 menyampaikan cenderamata kepada wakil SKM.

Perwakilan sedang diberi taklimat.

En. Fakhrul Azhan telah dipilih sebagai Pengerusi Mesyuarat Koperasi. Mesyuarat AJK Lembaga Koperasi akan dimaklumkan kepada seua AJK yang telah dilantik. Semoga dengan penubuhan koperasi ini dapat memberi manfaat kepada seluruh penduduk Taman Padang Tembak. 

Thursday, July 24, 2014

Sambutan Ambang Ramadhan 1435 H

Satu sambutan ambang Ramadhan telah diadakan pada 19 Jun 2014. Seramai 150 orang telah hadir memeriahkan suasana majlis.

Majlis bacaan yasin dan tahllil.

Muslimat serta anak-anak yang menghadiri majlis.

Muslimin yang terlibat dalam sambutan ambang ramadhan.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang telah diadakan. Semoga Allah SWT membalas jasa anda. Gambar lanjut program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Sambutan Israk Mikraj 1435H

Sambutan telah diadakan pada 27 Mei 2014. Program bermula dengan solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan tazkirah oleh Tn. Hj. Dahlan. Kira-kira 50 orang muslimin dan muslimat memeriahkan majlis yang diadakan. Selepas solat Isyak, satu tahllil ringkas telah diadakan bagi sebagai menghormati kemangkatan Sultan Perak.

Antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

Tn. Haji Dahlan sedang memeberi tazkirah.

Muslimin dan muslimat yang hadir.

Jamuan ringkas yang disediakan.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah SWT membalas jasa anda. Gambar lanjut program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Pertandingan Mewarna 2014

Program telah berlangsung pada 25 Mei 2014. Seramai 50 orang peserta telah menyertai pertandingan yang diadakan.


Majlis penyampaian hadiah.


Antara hadirin yang hadir memeriahkan suasana.

Peserta dan ibubapa mengambil tempat.
 
Gambar-gambar lanjut program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.


Saturday, May 24, 2014

Gotong Royong 2014

Satu program gotong royong telah diadakan pada 17 Mei 2014 bagi membersihkan kawasan sekitar Taman Padang Tembak Fasa 4 dan 5. Seramai 30 orang terdiri daripada penduduk sekitar telah menjayakan aktiviti tersebut. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Antara penduduk yang hadir menjayakan program.


En. Rashid dan rakan-rakan sedang memotong kayu.


Kerja-kerja pembersihan tapak gelanggang.

Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan mengeratkan lagi silarurrahim dilangan penduduk. Gambar lanjut program boleh didapati di laman facebook Taman Padang Tembak 4.

Friday, May 23, 2014

Pertandingan Mewarna 2014

Satu pogram pertandingan mewarna anjuran Biro Pendidikan , Kelab Sukan dan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 25 Mei 2014 ( Ahad )
Masa : 9.00 pagi ( Pendaftaran )
Tempat : Pondok Rondaan Keselamatan Lorong 10
Kategori : 1. Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun  
                2. Kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun
                3. kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun

Program ini bertujuan untuk menggilap bakat terpendam kanak-kanak dalam aktiviti mewarna dan mengeratkan hubungan antara sesama penduduk di sekitar Taman Padang Tembak. Hadiah yang menarik menanti para pemenang.

Makan dan minum disediakan. Marilah ramai-ramai kita datang memeriahkan dan memeberi sokongan kepada para peserta cilik ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat menghindarkan gejala sosial yang tidak sihat dikalangan anak muda.

" MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"

Wednesday, May 14, 2014

Gotong-royong 2014

Kelab Sukan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak akan menganjurkan satu gotong royong bagi membersihkan kawasan persekitaran kejiranan Taman Padang Tembak Fasa 4 dan 5. Berikut ialah maklumat program :

Tarikh : 17 Mei 2014 / 18 Rejab 1435H
Masa : 9.00 pagi
Tempat berkumpul : Pondok Rondaan Lorong 10

Pihak kelab mengalu-alukan kehadiran seluruh penduduk bagi menjayakan program ini. Individu yang ingin menyalurkan sumbangan kewangan atau material untuk menjayakan program boleh menghubungi :

En. Kamsol Yaacob  017-4961303
En. Mohd Yusri 017-4803147

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kawasan kejiranan Taman Padang Tembak.

" PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN KEJIRANAN "  

Tuesday, February 25, 2014

Mesyuarat Agung Tahunan KRTS 4

Mesyuarat Agung Tahunan KRTS 4 telah diadakan pada 9 Februari 2014. Terima kasih diucapkan kepada Y.B Azhar Bin Jamaluddin kerana sudi menjadi perasmi kepada mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini juga tidak akan berlangsung tanpa kerjasama daripada pihak ajk dan perwakilan yang terlibat. Terima kasih atas segala bantuan dan sumbangan yang diberikan bagi menjayakan agenda yang dirancang.

Y.B Azhar Bin Jamaluddin menerima cenderahati daripada Pengerusi KRTS4.

Acara penyampaian hadiah bagi Anugerah Ahli Kelab Cemerlang juga turut diadakan. 10 orang ahli telah dipilih sebagai ahli kelab cemerlang Tahniah bagi semua ahli yang menerima anugerah tersebut. Semoga kecemerlangan tersebut berkekalan dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.



Penerima Anugerah Ahli Kelab Cemerlang.

Gambar-gambar sekitar program boleh didapati di laman facebook KRTS 4.



Monday, January 20, 2014

Maulidur Rasul S.A.W 1435H

Program ini diadakan bagi menyambut Maulidurrasul 1435H. Dimulakan dengan gotong royong bagi menyiapkan jamuan, ia dijayakan masyarakat setempat dengan semangat kejiranan. Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta tazkirah Maghrib dipimpin oleh Ustaz Mahfuzillah, Imam Masjid At-Taqwa, Kg. Padang Tembak. Pihak kelab mengucapkan tahnia
h dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program secara langsung dan tidak langsung. Semoga segala sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program diberi balasan baik dan diterima sebagai amal jariah disisi Allah S.W.T.

Ustaz Mahfuzillah menyampaikan tazkirah.

Antara muslimin yang muslimat yang hadir menjayakan program.

Jalinan ukuwah yang terjalin di kejiranan Taman Padang Tembak.

Semoga program-program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan. Gambar-gambar sekitar program boleh didapati di facebook KRTS4.