Monday, August 25, 2014

Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad

Sambutan Aidilfitri 2014 telah dimulakan dengan gotong royong penyediaan tapak dan jamuan seawal dari 22 Ogos 2014. Gotong royong penyediaan jamuan telah diadakan pada 23 Ogos 2014. Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi pada 24 Ogos 2014. Pihak KRTS4 berbesar hati menerima kehadiran Dato' Mah Siew Keong selaku Ahli Parlimen Teluk Intan yang menjadi perasmi Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad.

Dato' Mah Siew Keong selaku perasmi Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad.

Pengerusi KRTS4 menyampaikan cenderamata kepada perasmi.

Gimik perasmian koperasi.

Sebahagian peserta Jamuan Aidilfitri 2014 bergambar kenangan.

Gotong royong penyediaan jamuan.

Gotong royong penyediaan tapak program.


Jamuan yang disediakan bagi peserta gotong royong.

Pihak KRTS4 mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran proram ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Gambar lanjut sekitar program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

No comments:

Post a Comment