Monday, August 25, 2014

Mesyuarat Penubuhan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak

Satu mesyuarat telah diadakan bagi menubuhkan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak. Program telah diadakan pada 14 Ogos 2014  bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada 12.00 malam di Pondok Keselamatan Lorong 10. Setelah dipersetujui perwakilan yang hadir, penubuhan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak akan diteruskan. En. Hafiez Syafran bin Ahmad Sidi , Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Teluk Intan, telah hadir bagi merasmikan mesyuarat seterusnya memberi penerangan kepada wakil yang hadir.


Penerangan daripada wakil SKM Teluk Intan

Antara Jawatankuasa Penubuhan Koperasi.

Pengerusi KRTS4 menyampaikan cenderamata kepada wakil SKM.

Perwakilan sedang diberi taklimat.

En. Fakhrul Azhan telah dipilih sebagai Pengerusi Mesyuarat Koperasi. Mesyuarat AJK Lembaga Koperasi akan dimaklumkan kepada seua AJK yang telah dilantik. Semoga dengan penubuhan koperasi ini dapat memberi manfaat kepada seluruh penduduk Taman Padang Tembak. 

No comments:

Post a Comment