Friday, May 23, 2014

Pertandingan Mewarna 2014

Satu pogram pertandingan mewarna anjuran Biro Pendidikan , Kelab Sukan dan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 25 Mei 2014 ( Ahad )
Masa : 9.00 pagi ( Pendaftaran )
Tempat : Pondok Rondaan Keselamatan Lorong 10
Kategori : 1. Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun  
                2. Kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun
                3. kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun

Program ini bertujuan untuk menggilap bakat terpendam kanak-kanak dalam aktiviti mewarna dan mengeratkan hubungan antara sesama penduduk di sekitar Taman Padang Tembak. Hadiah yang menarik menanti para pemenang.

Makan dan minum disediakan. Marilah ramai-ramai kita datang memeriahkan dan memeberi sokongan kepada para peserta cilik ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat menghindarkan gejala sosial yang tidak sihat dikalangan anak muda.

" MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"

No comments:

Post a Comment