Monday, August 25, 2014

Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad

Sambutan Aidilfitri 2014 telah dimulakan dengan gotong royong penyediaan tapak dan jamuan seawal dari 22 Ogos 2014. Gotong royong penyediaan jamuan telah diadakan pada 23 Ogos 2014. Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi pada 24 Ogos 2014. Pihak KRTS4 berbesar hati menerima kehadiran Dato' Mah Siew Keong selaku Ahli Parlimen Teluk Intan yang menjadi perasmi Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad.

Dato' Mah Siew Keong selaku perasmi Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad.

Pengerusi KRTS4 menyampaikan cenderamata kepada perasmi.

Gimik perasmian koperasi.

Sebahagian peserta Jamuan Aidilfitri 2014 bergambar kenangan.

Gotong royong penyediaan jamuan.

Gotong royong penyediaan tapak program.


Jamuan yang disediakan bagi peserta gotong royong.

Pihak KRTS4 mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran proram ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Gambar lanjut sekitar program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Program Baraan Aidilfitri 2014

Baraan adalah tradisi turun temurun yang masih dijalankan oleh sesetengah masyarakat di Malaysia. Program ini merapatkan ukuwah dikalangan penduduk dan menjadi medan pertemuan dikalangan masyarakat. Pihak KRTS4 telah menganjurkan Baraan Aidilfitri 2014 pada 9 ogos 2014. Program ini menerima sambutan yang amat menggalakan. Antara rumah-rumah yang terlibat dalam program ini ialah rumah En. Kamsol, En Azmin, En. Ahmad Faizal, En. Ishak, En Nokman, En. Muhammad, En. Abdul Rahman Habibi, En Khairul Fahmi, En. Yusri Jono dan En. Mohd Abdul Rahman Nawawi.

Rumah En Kamsol

Rumah En. Ishak

 Peserta baraan lelaki.

 Pesrta baraan wanita.

 Rumah En. Ahmad Faizal

 Rumah En. Abdul Rahman Habibi.

Rumah En. Mohd. Abdul Rahman Nawawi

Pihak KRTS4 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Baraan Aidilfitri 2014. Semoga tradisi ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang. Gambar lanjut sekitar program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Mesyuarat Penubuhan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak

Satu mesyuarat telah diadakan bagi menubuhkan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak. Program telah diadakan pada 14 Ogos 2014  bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada 12.00 malam di Pondok Keselamatan Lorong 10. Setelah dipersetujui perwakilan yang hadir, penubuhan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak akan diteruskan. En. Hafiez Syafran bin Ahmad Sidi , Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Teluk Intan, telah hadir bagi merasmikan mesyuarat seterusnya memberi penerangan kepada wakil yang hadir.


Penerangan daripada wakil SKM Teluk Intan

Antara Jawatankuasa Penubuhan Koperasi.

Pengerusi KRTS4 menyampaikan cenderamata kepada wakil SKM.

Perwakilan sedang diberi taklimat.

En. Fakhrul Azhan telah dipilih sebagai Pengerusi Mesyuarat Koperasi. Mesyuarat AJK Lembaga Koperasi akan dimaklumkan kepada seua AJK yang telah dilantik. Semoga dengan penubuhan koperasi ini dapat memberi manfaat kepada seluruh penduduk Taman Padang Tembak.