Tuesday, October 9, 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK TAMAN PADANG TEMBAK

Kepada sesiapa yang belum berdaftar sebagai ahli Kelab Sukan Reakreasi Penduduk Taman Padang Tembak diharap dapat menyertai kelab ini dalam masa terdekat dengan mengisi maklumat dalam borang keahlian kelab sebelum 31 Disember 2012 (17 Safar 1434 Hijrah). Keanggotaan anda sebagai ahli kelab ini amat dialu-alukan untuk faedah dan masa depan para penduduk taman ini. dan anak-anak pada masa akan datang. Sebagai contoh, kelab ini telah memohon kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak bagi membina sebuah gelanggang fulsal secara bertulis pada baru-baru ini. Dengan keanggotaan dan sokongan anda semua terhadap pengaktifan  kelab ini dapat mengukuhkan  lagi permohonan berkenaan kepada pihak yang berkaitan. Untuk makluman, bayaran keahlian kelab ini ialah sebanyak RM22.00 (RM10-Bayaran Pendaftaran & RM12-Bayaran Keahlian untuk setahun). Keprihatinan anda sebagai penduduk Taman Padang Tembak untuk menyertai kelab ini amat kami hargai  dengan ucapan ribuan terima kasih.

1 comment:

  1. marilah kita sama-sama mendaftar dalam kelab,agar kekuatan ahli yang ramai dapat membantu dalam pelbagai urusan permohonan

    Mohd Yusry Bin Mohd Jono

    ReplyDelete