Tuesday, October 9, 2012


PEMBERITAHUAN PROGRAM BULAN NOVEMBER 2012
Pada  7 Oktober 2012 yang lalu, sebahagian besar ahli pasukan rondaan Taman Padang Tembak telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang program yang ingin dijalankan pada masa hadapan termasuk  program Akikah Penduduk pada hari Sabtu,10 November 2012 (25 Zulhijjah 1433Hijrah) . Diharap semua penduduk Taman Padang Tembak yang tidak pulang awal ke kampung halaman sempena cuti sekolah dan masih berada di taman pada hari itu dapat bersama-sama menjayakan program berkenaan.  Berikut adalah tentarif program Akikah Penduduk pada hari tersebut:

Sabtu, 10 November 2012  (25 Zulhijjah 1433H)
 
(8.00 pagi)
  - Gotong-Royong

(12.00 tengah hari)
  -Jamuan Makan

Kepada penduduk taman:
1. yang mempunyai bayi dan berminat untuk menyertai Majlis Naik Buai (Berendoi) dan Marhaban yang akan diadakan di kediaman bernombor 152, Lorong 13 boleh berhubung dengan tuan rumah, En. Fakhrul Hazhan bin Mohd Mohid (Bendahari Kelab) di talian 019-6666454.
2. yang mempunyai anak yang cukup umur dan berminat untuk menyertai program berkhatan, boleh berhubung dengan En. Muhammad bin Junid, No. 103, Lorong 11 (no. tel.: 019-5063056).
Kerjasama para penduduk taman amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Moga hubungan ukhwah sesama kita dapat diperkukuhkan lagi dan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment