Thursday, September 20, 2012

SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN RONDAAN TAMAN PADANG TEMBAK

Sekitar bulan Mei 2012, satu  kejadian jenayah telah berlaku di Taman Padang Tembak di mana cubaan memanjat@ menceroboh serta memecah rumah No. 132 dan 133 di Lorong 10 melalui pagar. Kejadian berkenaan telah disedari oleh En.Mohd Yusri. Bellau telah menjergah perbuatan berkenaan menyebabkan penjenayah berkenaan melarikan diri. Rentetan dari kejadian itu, beberapa orang penghuni di Lorong 10 telah membuat kawalan dan rondaan  di lorong  berkenaan. Selepas kejadian itu, para penghuni taman di lorong lain telah menyatakan minat dan berkesangupan untuk beserta dalam rondaan berkenaan. Pada tanggal 22 Mei 2012, satu perjumpaan khas telah diadakan di Rumah En .Mohd Yusri Bin Mohd Jono beralamat No.134, Lorong 10. Dalam perjumpaan itu, wakil RELA, En.Hussin telah dijemput untuk memberi taklimat. Pasukan rondaan Taman Padang Tembak pada peringkat awal adalah berjumlah 18 orang ahli.
Dengan izin Allah S.W.T, pasukan rondaan ini sehingga kini telah mencecah keanggotaan seramai 55 orang. Keterlibatan pasukan rondaan dalam menjaga keamanan sereta menjalankan aktiviti kemasyarakatan amat bermakna dan ini melambangkan penyatuan penduduk yang selama ini tidak kenal dan kurang mesra berubah kepada satu kelompok masyarakat yang begitu indah jalinan ukhwah dan ini adalah sesuai@selaras dengan ajaran Islam dan budaya masyarakat Melayu. Harapan  pasukan rondaan agar kesemua penduduk dalam Taman Padang Tembak dapat menjadi ahli pasukan rondaan agar ikatan dan tautan kasih sayang antara penduduk dapat diteruskan dan diperkukuhkan  sehingga ke akhir hayat.

2 comments:

  1. moga usaha amar makruf & nahi mungkar ini berterusan..

    ReplyDelete
  2. Harap-harap tubuhnya pasukan ini tiada berlakunya kejadian tidak di ingini AMIN......

    ReplyDelete