Thursday, September 20, 2012


PEMBERITAHUAN PROGRAM BULAN OKTOBER 2012

Pada 16 September 2012 yang lalu, sebahagian besar ahli pasukan rondaan Taman Padang Tembak telah mengadakan satu perjumpaan bagi membincangkan tentang program yang ingin dijalankan pada masa hadapan. Hasil perbincangan itu, majoriti ahli pasukan bersetuju untuk mengadakan program ibadat Korban sempena Hari Raya Korban/Idul Adha pada 10 Zulhijjah 1433H bersamaan 26 Oktober 2012 selepas ibadat solat Jumaat( jangkaan 2.45 petang). Diharap semua penduduk Taman Padang Tembak Fasa 4 yang tidak pulang ke kampung halaman dan masih berada di taman pada hari itu dapat bersama-sama menjayakan program berkenaan. Kerjasama para penduduk taman amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Moga hubungan ukhwah sesama kita dapat diperkukuhkan lagi dan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment