Saturday, March 28, 2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KRTS4 KALI KE-3

Assalamualaikum WBT

Kelab Sukan dan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-3. Berikut ialah maklumat program :

Tarikh : 31 Mac 2015 / 10 Jamadil Akhir 1436H
Masa : 7.00 malam
Tempat : Pos Rondaan Lorong 10
Tentatif :

- Solat Maghrib berjemaah.
- Tazkirah Maghrib oleh penceramah jemputan.
- Solat Isyak berjemaah.
- Ucapan aluan Pengerusi KRTS4 2013/2015
- Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-2
- Laporan S/U
- Laporan kewangan oleh Bendahari
- Pembubaran AJK KRTS4 sesi 2013/2015
- Perlantikan AJK KRTS4 sesi 2015/2017
- Pengesahan perlantikan
- Ucapan Pengerusi sesi 2015/2017
- Penangguhan mesyuarat.

Mesyuarat Agung ke-3 ini merupakan sesi perlantikan AJK KRTS4 yang baru bagi sesi 2015/2017. Semua ahli KRTS4 khususnya dan penduduk Taman Padang Tembak fasa 4 & 5 dijemput hadir.

Monday, October 20, 2014

Program Korban 1435H

Program korban ini bukanlah program pertama yang pernah dilaksanakan. Program ini telah dilaksanakan pada saban tahun bagi menyahut seruan ibadah korban pada Aidiladha. Seramai 18 orang petugas telah terlibat dalam progarm kali ini. Peserta pula terdiri daripada  En. Kamsol, En. Ishak, En. Muhammad, En. Nokman, En. Abdul Rahman dan En. Hisyam. Bahagian-bahagian daging korban telah diagihkan kepada rumah anak yatim Al-Barakah dan petugas yang hadir.


Daging sedang ditimbang untuk diasingkan.

Petugas yang terlibat dalam menjayakan program.

Amalan gotong royong yang telah sebati dengan penduduk.

Doa kesyukuran sebagai tanda melaksanakan ibadah.

Masakan yang disediakan untuk para petugas.

Semoga program ini akan berterusan adan menjadi medan mengikat ukuwah dikalangan penduduk disamping menunaikan ibadah kepada Allah SWT. 

Monday, August 25, 2014

Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad

Sambutan Aidilfitri 2014 telah dimulakan dengan gotong royong penyediaan tapak dan jamuan seawal dari 22 Ogos 2014. Gotong royong penyediaan jamuan telah diadakan pada 23 Ogos 2014. Program telah bermula seawal jam 9.00 pagi pada 24 Ogos 2014. Pihak KRTS4 berbesar hati menerima kehadiran Dato' Mah Siew Keong selaku Ahli Parlimen Teluk Intan yang menjadi perasmi Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad.

Dato' Mah Siew Keong selaku perasmi Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak Berhad.

Pengerusi KRTS4 menyampaikan cenderamata kepada perasmi.

Gimik perasmian koperasi.

Sebahagian peserta Jamuan Aidilfitri 2014 bergambar kenangan.

Gotong royong penyediaan jamuan.

Gotong royong penyediaan tapak program.


Jamuan yang disediakan bagi peserta gotong royong.

Pihak KRTS4 mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran proram ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Gambar lanjut sekitar program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Program Baraan Aidilfitri 2014

Baraan adalah tradisi turun temurun yang masih dijalankan oleh sesetengah masyarakat di Malaysia. Program ini merapatkan ukuwah dikalangan penduduk dan menjadi medan pertemuan dikalangan masyarakat. Pihak KRTS4 telah menganjurkan Baraan Aidilfitri 2014 pada 9 ogos 2014. Program ini menerima sambutan yang amat menggalakan. Antara rumah-rumah yang terlibat dalam program ini ialah rumah En. Kamsol, En Azmin, En. Ahmad Faizal, En. Ishak, En Nokman, En. Muhammad, En. Abdul Rahman Habibi, En Khairul Fahmi, En. Yusri Jono dan En. Mohd Abdul Rahman Nawawi.

Rumah En Kamsol

Rumah En. Ishak

 Peserta baraan lelaki.

 Pesrta baraan wanita.

 Rumah En. Ahmad Faizal

 Rumah En. Abdul Rahman Habibi.

Rumah En. Mohd. Abdul Rahman Nawawi

Pihak KRTS4 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Baraan Aidilfitri 2014. Semoga tradisi ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang. Gambar lanjut sekitar program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Mesyuarat Penubuhan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak

Satu mesyuarat telah diadakan bagi menubuhkan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak. Program telah diadakan pada 14 Ogos 2014  bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada 12.00 malam di Pondok Keselamatan Lorong 10. Setelah dipersetujui perwakilan yang hadir, penubuhan Koperasi Penduduk Taman Padang Tembak akan diteruskan. En. Hafiez Syafran bin Ahmad Sidi , Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Teluk Intan, telah hadir bagi merasmikan mesyuarat seterusnya memberi penerangan kepada wakil yang hadir.


Penerangan daripada wakil SKM Teluk Intan

Antara Jawatankuasa Penubuhan Koperasi.

Pengerusi KRTS4 menyampaikan cenderamata kepada wakil SKM.

Perwakilan sedang diberi taklimat.

En. Fakhrul Azhan telah dipilih sebagai Pengerusi Mesyuarat Koperasi. Mesyuarat AJK Lembaga Koperasi akan dimaklumkan kepada seua AJK yang telah dilantik. Semoga dengan penubuhan koperasi ini dapat memberi manfaat kepada seluruh penduduk Taman Padang Tembak. 

Thursday, July 24, 2014

Sambutan Ambang Ramadhan 1435 H

Satu sambutan ambang Ramadhan telah diadakan pada 19 Jun 2014. Seramai 150 orang telah hadir memeriahkan suasana majlis.

Majlis bacaan yasin dan tahllil.

Muslimat serta anak-anak yang menghadiri majlis.

Muslimin yang terlibat dalam sambutan ambang ramadhan.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang telah diadakan. Semoga Allah SWT membalas jasa anda. Gambar lanjut program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Sambutan Israk Mikraj 1435H

Sambutan telah diadakan pada 27 Mei 2014. Program bermula dengan solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan tazkirah oleh Tn. Hj. Dahlan. Kira-kira 50 orang muslimin dan muslimat memeriahkan majlis yang diadakan. Selepas solat Isyak, satu tahllil ringkas telah diadakan bagi sebagai menghormati kemangkatan Sultan Perak.

Antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

Tn. Haji Dahlan sedang memeberi tazkirah.

Muslimin dan muslimat yang hadir.

Jamuan ringkas yang disediakan.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah SWT membalas jasa anda. Gambar lanjut program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.