Saturday, May 24, 2014

Gotong Royong 2014

Satu program gotong royong telah diadakan pada 17 Mei 2014 bagi membersihkan kawasan sekitar Taman Padang Tembak Fasa 4 dan 5. Seramai 30 orang terdiri daripada penduduk sekitar telah menjayakan aktiviti tersebut. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Antara penduduk yang hadir menjayakan program.


En. Rashid dan rakan-rakan sedang memotong kayu.


Kerja-kerja pembersihan tapak gelanggang.

Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan mengeratkan lagi silarurrahim dilangan penduduk. Gambar lanjut program boleh didapati di laman facebook Taman Padang Tembak 4.

Friday, May 23, 2014

Pertandingan Mewarna 2014

Satu pogram pertandingan mewarna anjuran Biro Pendidikan , Kelab Sukan dan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 25 Mei 2014 ( Ahad )
Masa : 9.00 pagi ( Pendaftaran )
Tempat : Pondok Rondaan Keselamatan Lorong 10
Kategori : 1. Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun  
                2. Kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun
                3. kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun

Program ini bertujuan untuk menggilap bakat terpendam kanak-kanak dalam aktiviti mewarna dan mengeratkan hubungan antara sesama penduduk di sekitar Taman Padang Tembak. Hadiah yang menarik menanti para pemenang.

Makan dan minum disediakan. Marilah ramai-ramai kita datang memeriahkan dan memeberi sokongan kepada para peserta cilik ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat menghindarkan gejala sosial yang tidak sihat dikalangan anak muda.

" MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"

Wednesday, May 14, 2014

Gotong-royong 2014

Kelab Sukan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak akan menganjurkan satu gotong royong bagi membersihkan kawasan persekitaran kejiranan Taman Padang Tembak Fasa 4 dan 5. Berikut ialah maklumat program :

Tarikh : 17 Mei 2014 / 18 Rejab 1435H
Masa : 9.00 pagi
Tempat berkumpul : Pondok Rondaan Lorong 10

Pihak kelab mengalu-alukan kehadiran seluruh penduduk bagi menjayakan program ini. Individu yang ingin menyalurkan sumbangan kewangan atau material untuk menjayakan program boleh menghubungi :

En. Kamsol Yaacob  017-4961303
En. Mohd Yusri 017-4803147

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kawasan kejiranan Taman Padang Tembak.

" PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN KEJIRANAN "