Thursday, July 24, 2014

Sambutan Ambang Ramadhan 1435 H

Satu sambutan ambang Ramadhan telah diadakan pada 19 Jun 2014. Seramai 150 orang telah hadir memeriahkan suasana majlis.

Majlis bacaan yasin dan tahllil.

Muslimat serta anak-anak yang menghadiri majlis.

Muslimin yang terlibat dalam sambutan ambang ramadhan.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang telah diadakan. Semoga Allah SWT membalas jasa anda. Gambar lanjut program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Sambutan Israk Mikraj 1435H

Sambutan telah diadakan pada 27 Mei 2014. Program bermula dengan solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan tazkirah oleh Tn. Hj. Dahlan. Kira-kira 50 orang muslimin dan muslimat memeriahkan majlis yang diadakan. Selepas solat Isyak, satu tahllil ringkas telah diadakan bagi sebagai menghormati kemangkatan Sultan Perak.

Antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis.

Tn. Haji Dahlan sedang memeberi tazkirah.

Muslimin dan muslimat yang hadir.

Jamuan ringkas yang disediakan.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah SWT membalas jasa anda. Gambar lanjut program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.

Pertandingan Mewarna 2014

Program telah berlangsung pada 25 Mei 2014. Seramai 50 orang peserta telah menyertai pertandingan yang diadakan.


Majlis penyampaian hadiah.


Antara hadirin yang hadir memeriahkan suasana.

Peserta dan ibubapa mengambil tempat.
 
Gambar-gambar lanjut program boleh didapati di FB Taman Padang Tembak.