Thursday, September 5, 2013

Kembara Zakat dan Jamuan Aidilfitri Taman Padang Tembak

Pada 25 Ogos 2013, satu program jamuan Aidilfitri dan kembara zakat telah diadakan di Padang Lorong 12 dan 13 di Taman Padang Tembak 4. Program ini mendapat kerjasama daripada seluruh penduduk Taman Padang Tembak, Kelab sukan dan Rekreasi Penduduk dan majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Wakil-wakil daripada Pejabat Agama Daerah, Pejabat Zakat, Baitulmal dan Adun Changkat Jong turut memeriahkan program yang telah direncanakan. Program bermula dengan penerangan mengenai zakat dan diteruskan dengan jamuan yang disediakan secara gotong-royong oleh penduduk. Selain mengeratkan ukuwah dikalangan penduduk, secara tidak langsung program ini memberi kesedaran tentang kepentingan zakat kepada masyarakat.




Antara hadirin yang hadir.


Tetamu jemputan.


Adun Changkat Jong.

Gambar-gambar sekitar program boleh didapati pada pautan berikut : 



Monday, June 24, 2013

Forum Ilmu Keharmonian Keluarga Asas Perpaduan dan Kekuatan Ummah

Kelab Sukan dan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Hilir Perak telah menganjurkan satu Forum Ilmu bertajuk Keharmonian Keluarga Asas Perpaduan dan Kekuatan Ummah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Mustafa selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak selaku perasmi. Penganjur telah menjemput dua orang panel bagi membicarakan tajuk tersebut iaitu Ustaz Abdul Fatah dan Ustaz Ayub.



 
Tuan Haji Mustafa selaku perasmi program.

 
Moderator dan ahli panel jemputan.

 
Antara hadirin yang hadir.

 
Petugas mengemas tapak program.

 
Antara petugas yang terlibat menjayakan program.
 
 
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program-program ilmu sebegini dapat diteruskan dan mendidik jiwa masyarakat ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah  SWT. Terima kasih juga kepada hadirin yang sudi hadir ke program forum ilmu ini walaupun keadaan cuaca berjerebu.
 
 


Wednesday, June 19, 2013

Forum Ilmu

Kelab Sukan dan Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak akan menganjurkan satu forum ilmu. Berikut ialah maklumat program

Tarikh : 24 Jun 2013
Masa : 9.30 malam
Tempat : Padang lorong 12 dan 13, Taman Padang Tembak Fasa 4.
Tajuk : Keharmonian Keluarga Asas Perpaduan dan Kekuatan Ummah
Ahli panel : Al Fadhil Ustaz Ayub Bin Mustafa
                    Al Fadhil Ustaz Abdul Fatah Awang


Semua muslimin/muslimat dijemput hadir.


Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :

“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Wednesday, June 12, 2013

Solat Hajat dan Majlis Kesyukuran

Pada 8 Jun 2013, satu majllis kesyukuran dan solat hajat telah dilaksanakan di padang lorong 12 dan 13. En. Ir. Abdul Halim telah menjadai tuan rumah bagi program tersebut. Masakan yang disajikan disediakan secara gotong royong daripada ahli penduduk Taman Padang Tembak. Program berjalan dengan gotong royong sejak dari pagi dan pada sebelah malam diisi dengan solat isyak berjemaah, solat hajat dan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Sobri. Program ini diadakan untuk memudahkan perjalanan anak-anak penduduk dalam menghadapi peperiksaaan yang bakal tiba. Gambar-gambar lanjut mengenai program boleh didapati di laman facebook Taman Padang Tembak.


Kumpulan lelaki yang hadir dalam gotong royong.
 

Kumpulan wanita turut membantu dalam gotong royong.
 

Bacaan doa kesyukuran.

Saf yang disediakan diatas padang permaninan.
 

Antara tetamu yang menyertai program.
 

Ustaz Sobri sedang memberi pengisian rohani.
 
 
Terima kasih diucapkan bagi semua pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga jasa baik tuan/puan dibalas Allah SWT denagn ganjaran pahala. Diharapkan semangat begini dapat dikekalkan dalam komuniti kejiranan Taman Padang Tembak dan berterusan dalam program-program mendatang.

 
" Bersatu teguh, bercerai roboh. "

Thursday, May 30, 2013

Program Januari 2013

Satu majlis gotong-royong telah diadakan disekitar kawasan kejiranan Taman Padang Tembak. Penduduk telah memberikan kerjasama dalam melaksanakan program ini. Berikut ialah sorotan sekitar perjalanan program pada 13 Januari 2013.

Lorong 14

Lorong 11

Pembersihan longkang

Pembersihan ranting-ranting pokok

Kerjasama dari MPTI

Taman Padang Tembak

Gambar-gambar lain sekitar program boleh didapati di laman facebook Taman Padang Tembak.

CERAMAH ILMU BULAN MEI 2013

Satu siri ceramah ilmu telah diadakan pada 14 Mei 2013. Ceramah bertajuk Konsep Kejiranan Mengikut Sunnah Rasulullah SAW disampaikan oleh Ustaz Abdul Fatah Awang. Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Fatah kerana sudi memberikan pengisian ilmu kepada masyarakat Padang Tembak dan setempat. Semoga majlis-majlis ilmu seperti ini akan diteruskan lagi di masa hadapan.

Ustaz Abdul Fatah Awang


Sebahagian daripada hadirin yang hadir mendengar ceramah.

Ustaz Abdul Fatah sedang memberi pengisian ilmu.


Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”

Friday, April 19, 2013

Ceramah Agama Bulan April 2013

Satu ceramah agama telah diadakan pada 16 April 2013. Ceramah ini adalah julung-julung kali diadakan di Taman Padang Tembak. Program ini diadakan sempena kesyukuran diatas pembangunan padang lorong 12 dan 13 dan pengisian ilmu khusus bagi penduduk Taman Padang Tembak. Majlis turut diserikan dengan kehadiran saudara Anuar Sudin sebagai perasmi. Penceramah yang terlibat ialah Ustaz Darbi Hj. Mohd Zaini.




Majlis ilmu seperti ini akan terus dilaksanakan dengan izin Allah SWT. Sokongan penduduk adalah amat diharapkan dalam menjayakan majlis-majlis ilmu seterusnya yang akan dirancang buat penduduk. Semoga dengan berjalannya program majlis ilmu seperti ini di taman kita dapat memberi keberkatan kepada semua penduduk yang di taman ini. InsyaAllah.

 "Barangsiapa yang menghendaki(kebahagiaan) dunia maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang menghendaki(kebahagiaan) akhirat maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa menghendaki kedua-duanya maka ia pun harus berilmu"


Program Kitar Semula 2013

Program ini dianjurkan oleh Biro Ekonomi Kelab Rekreasi dan Sukan Penduduk Taman Padang Tembak. Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepentingan kitar semula dalam usaha menyelamatkan bumi daripada pencemaran. Program ini telah berlangsung pada 14 April 2013 dan dirasmikan oleh Dato' Mah Siew Keong.


Friday, January 25, 2013

Liga Karom Biro Keselamatan

Satu pertandingan karom dikalangan ahli Biro Keselamatan telah diadakan di Pos Keselamatan Lorong 10.

Tempat pertama telah dimenangi oleh En. Jamal dan En. Muhammad.

 
Tempat kedua dimenangi oleh En. Halim dan En. Ahmad Rosdi

 
Tempat ketiga dimenangi oleh En. Faizal dan En. Khairul Fahmi
 



 
Pertandingan sedang dijalankan

 
Gambar-gambar lanjut mengenai perlawanan boleh didapati di akaun facebook Taman Padang Tembak.

Mesyuarat Tahunan Kelab Rekreasi Penduduk Taman Padang Tembak

Mesyuarat Tahunan Kelab Rekreasi Taman Padang Tembak Telah diadakan pada 20 Januari 2013. Mesyuarat dirasmikan oleh En Mohd Azhar BIn Jamaluddin AMP, PPN. Turut menyerikan majlis ialah pegawai belia dan sukan daerah Hilir Perak.

 
Backdrop banner Mesyuarat Agung
 

 
Persiapan Audio untuk majlis
 
 

 
En. Azhar menyantuni penduduk
 

 
Antara perwakilan yang hadir
 

 
Perwakilan wanita yang turut serta
 

 
Penyampaian hadiah pelajar cemerlang PMR 8A. Anak En. Kamsol.
 

 
Penyampaian hadiah pelajar cemerlang PMR 8A. Anak En. Azman.
 
 
Untuk gambar-gambar lain yang lebih lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di akaun facebook Taman Padang Tembak.


Akaun facebook


Satu akaun facebook Padang Tembak 4 telah diwujudkan sebagai medan perkongsian maklumat penduduk. Pengguna boleh mencari akaun tersebut dengan menaip Taman Padang Tembak atau menambah alamat email taman.padang@facebook.com.

Tuesday, January 15, 2013

KUTIPAN KHAIRAT KEMATIAN

Assalamualaikum WBT

Dimaklumkan kepada ahli-ahli Pertubuhan khairat kematian Kampung Padang Tembak, kutipan pertama bagi tahun 2013 adalah seperti berikut :

Bil
Penuntut
Kematian
Kutipan
1
En. Ahmad Mubarak b. Mohd saleh ( Ahli 417 )
Hjh Maimunah bt Moh Jasi ( Ibu )
RM 2.00
2
En. Daud b. Sulaiman ( Ahli 470 )
Jah bt Ahmad ( Ibu )
RM 2.00
3
Pn. Afida bt Hj Adnan ( Ahli 367 )
Hakim b Yasin ( bapa mertua )
RM 2.00
4
Yuran tahunan

RM 4.80


JUMLAH
RM 10.80


Bayaran boleh dibuat kepada En. Ahmad Rosdi Bin Omarudin di alamat No. 146, Lorong 12 Taman Padang Tembak.

Harap maklum.

Thursday, January 10, 2013

Majlis Gotong-royong

Penduduk Taman Padang Tembak 4 dialu-alukan untuk turut serta dalam satu majlis gotong-royong seperti berikut :

Tarikh : 13 Januari 2013 ( AHAD )
Masa : 8.00 pagi
Tempat berkumpul : Pos rondaan lorong 10
Anjuran bersama : COMBI dan Kelab Rekreasi dan Sukan Penduduk
Dengan kerjasama : Majlis Perbandaran Teluk Intan

Minum pagi disediakan oleh penganjur. Semoga kehadiran tuan/puan dapat mengeratkan ukuwah kita dalam kawasan kejiranan.

" BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH "
MAKLUMAN KEPADA AHLI KELAB SUKAN DAN REKREASI TAMAN PADANG TEMBAK

Perkara: Mesyuarat Agung  Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Padang Tembak
Tarikh: 20 Januari 2013/8 Rabiulawal 1434 Hijrah
Masa: 2.00 hingga 4.30 petang (tertakluk kepada perjalanan mesyuarat)
Tempat: Pondok Ronda & Kawalan Lorong 10

JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI AHLI
BUAT KEPUTUSAN DAN PILIHAN YANG TERBAIK UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA

Biar menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tidak berguna.

Thursday, January 3, 2013

Jamuan Pasukan Rondaan

Semua ahli pasukan rondaan dijemput hadir ke jamuan tahun baru bertempat di Pos Rondaan jam 9 malam pada 5 januari 2013 ( Sabtu ). Semoga kehadiran tuan-tuan dapat memeriahkan majlis yang dirancang.