Tuesday, November 13, 2012

Program penduduk bulan November

Satu program akikah telah diadakan pada 10/11/12. Alhamdulillah kerja dapat dilaksanakan dengan lancar dengan semangat kerjasama dan gotong-royong dikalangan penduduk. Kerja-kerja untuk mengadakan kenduri akikah ini telah dirancang dan dilaksana oleh semua penduduk Taman PAdang Tembak 4. Terima kasaih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Y.B. Anuar Sudin selaku Adun Changkat Jong yang sudi hadir memeriahkan majlis penduduk di Taman Padang Tembak 4.

 Kerja pengasingan daging dan tulang lembu

 Kerja memotong daging

 Aktiviti sampingan setelah selesai kerja gotong royong

Y.B. Anuar Sudin menyampaikan cenderamata kepada anak penduduk yang akan berkhatan 

Kenduri akikah buat penduduk Taman Padang Tembak 4 

Anak penduduk yang akan berkhatan diraikan 

 En. Fakhrul selaku tuan rumah program marhaban bersama pengerusi kelab

Gotong-royong selepas selesai program

Saturday, November 3, 2012

Program akikah dan korban

Program korban dan akikah pada 26/10/2012. Program ini berjalan secara gotong royong dari pagi sehingga petang. Penduduk Taman Padang Tembak 4 telah memulakan program  setelah selesai solat sunat Aidiladha dengan program akikah dan disambung semula setelah selesai solat jumaat dengan program korban. Program turut dihadiri oleh Y.B Anuar Sudin selaku Adun Changkat Jong. Berikut ialah gambar-gambar sewaktu program berlangsung. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang.